Pages

20 August 2009

Pengumuman

Syawal dengan sukacita ingin memaklumkan kepada semua pembeli setia kami di UIA bahawa gerai kami (Bazaar Ramadhan, Convest Hill) akan beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu di sepanjang bulan mulia ini bagi melancarkan proses pengurusan stok.


Tarikh tempahan kuih boleh dibuat mengikut keselesaan para pelanggan dari awal Ramadan sehingga 22 August. Manakala tarikh pengambilan kuih boleh di buat sehingga 11 September.

Tarikh tutup tempahan adalah pada 4 September 2009. Borang tempahan boleh dihantar di dua lokasi kami iaitu di Gerai No. 48 Bazaar Ramadhan, Convest Hill (sepanjang Ramadhan) dan juga di booth promosi (berhadapan dengan Bank Islam) pada 7 September hingga 11 September.

Ramadhan Menjelang Lagi

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua.

Syawal ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia; bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini. Pada tahun ini, genaplah umur Syawal empat tahun sejak mula bertapak di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Terima kasih daun keladi diucapakan kepada semua pelanggan kami di atas sokongan diberikan. Tanpa anda siapalah kami.

Justeru, Syawal pada tahun ini masih ingin mengekalkan harga kami iaitu hanya RM 18.00* sebalang selama empat tahun berturut-turut.

Pada tahun ini juga Syawal turut menawarkan produk baru iaitu Syawal Exclusive dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM 28.00* sebalang. Syawal Exclusive disediakan khas buat pelanggan-pelanggan kami yang inginkan kepelbagaian dan variasi citarasa di dalam aneka sajian kuih raya. Dengan variasi rasa yang lebih berkualiti, mutu dan enak seperti Blueberry Tart, Lucious Hazelnut Choc, Strawberry Fingers, Lamington Chocolate dll Syawal Exclusive pasti dapat menambat hati anda!




Kini para pelanggan boleh menikmati dua aneka pilihan kuih raya iaitu Syawal Classic dan Syawal Exclusive. Bak kata pepatah kalau tidak ada yang lama, masakan pula timbul yang baru. Selamat Membeli dan Selamat Beribadah!


(harga ini hanya boleh didapati di dalam UIAM)