Pages

16 September 2008

Harga Kuih Raya Syawal masih tetap

Buat pelanggan kami yang setia, jangan bimbang. Walaupun kebanyakan harga barangan melambung, kami di Syawal masih setia dengan harga kami yang dahulu; semua jenis kuih, hanya RM 18.00/sebalang 50 biji (UIA shj) dan RM 20.00/sebalang 50 biji (di luar UIA). Jangan lupa membuat tempahan anda sekarang!

Jangan lupa, "Tahaaddu, tahaabbu!". Beli extra untuk rakan-rakan sebilik dan saudara-mara di kampung!

Salam mesra,
Syawal

*Penambahan harga di luar adalah bagi menampung kos pengangkutan

10 September 2008

Pengumuman penting

Syawal dengan sukacita ingin memaklumkan kepada semua pembeli setia kami di UIA bahawa gerai kami (Bazaar Ramadhan, Convest Hill) akan beroperasi pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu di sepanjang bulan mulia ini bagi melancarkan proses pengurusan stok.


Tarikh tempahan kuih boleh dibuat mengikut keselesaan para pelanggan dari awal Ramadan sehingga 19 September. Manakala tarikh pengambilan kuih boleh di buat sehingga 25 September.

"Pergi ke kedai membeli tali
singgah di pekan sambil menyanyi
para pelanggan yang kami hormati
jangan dilepaskan peluang ini"

S e l a m a t M e m b e l i!

06 September 2008

Syawal di 10 awal Ramadhan



Maksud Sabda Nabi s.a.w: "Di awal Ramadhan itu Rahmah, pertengahannya Maghfirah dan di sepuluh terakhir malamnya perlepasan dari api neraka.."

Di samping berniaga, Syawal mengajak semua umat islam agar dapat sama-sama menyempurnakan ibadah puasa dan tidak melepaskan pesta ibadah yang datang hanya setahun sekali. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Salam Ramadhan Mubarak untuk semua..